Tuesday, December 18, 2012

MimpiRindu .

Assalamualaikum .


DearAyah ,

Sejak kebelakangan ni akak selalu sangat mimpi jumpa kawan-kawan akak .
Maksud akak orang yang rapat dengan akak .
Ahhh ayah pon tau sapa kawan rapat akak kan ?
Mana mungkin ayah tak kenal ,
hampir semua kawan akak sudah dibawa jumpa menghadap ayah dan mak .
supaya tidak timbul kerisauan di hati ayah dengan siapa akak berkawan dan bergaul .


DearAyah ,

Barangkali akak terlalu rindu pada mereka .
Mungkin ?
Sampai terbawa-bawa dalam alam tidur .
Satu persatu wajah mereka muncul .
tersenyum manis tanpa sebarang bicara .
Ada kalanya hanya berpelukan sebagai petanda lama tidak berjumpa .
Terkadang bangkit dari lena dengan linangan air mata .
ya , airmata kerinduan barangkali .


DearAyah ,

Terkadang ada juga timbul niat di hati untuk hubungi mereka yang muncul .
Tapi sayang , selalu saja baki duit mengering .
Ahh berjimat untuk kemudian hari .
Maka hanya menunggu jikalau mereka menghubungi akak .
Dalam apa cara sekalipon .
Hingga kini , tiada .
Barangkali mereka juga ketandusan Ringgit Malaysia .
Siapa tahu ?


# Walau apa pon kita pasti ketemu suatu hari nanti sahabat . In Shaa Allah . Pantas atau perlahan masa saja yang menjadi penghalang . Jangan disangka aku lupa kalau diam dan sepi terjadi antara kita . Aku cuma menunggu masa untuk menatap wajah kalian . Sungguh , Aku rindu .

Wednesday, December 12, 2012

SampaiWaktunya .

Assalamualaikum .

DearAyah ,

Entah kenapa sejak kebelakangan ni akak sentiasa rasa sedih .
Tak kira masa , tempat , dan situasi .
Rasa kosong makin melonjak-lonjak .
Terasa seperti menahan sesuatu yang maha dasyat .
Apakah itu ?


DearAyah ,

Acapkali juga solat dan sujud akak ditemani air mata .
Seringkali jugak bacaan Kitab Suci  Al-Quran akak diselangi sedu .
Sejadah dan telekung sudah lali dibasahi air mata yang tak pernah jemu keluar menjenguk dunia .
Sampai bila ?


DearAyah ,

Sudah letih jari jemari ni mengesat air mata yang entah bila akan mengering .
Sudah jemu hati ini menahan sesuatu perasaan yang tidak ingin akak rasakan .
Ahh perasaan apakah ini ?
Kenapa sebegini lemah diri akak sekarang ?
Sampai bila perlu akak pendam semuanya seorang diri ?
Pada siapa perlu akak kongsikan rasa dihati ?



DearAyah ,

Sungguh , akak tak sangka akak sebegini lemah .
Akak sangka akak dapat semangat dan kekentalan ayah ,
tapi sebenarnya , tidak .
Tak tau sampai bila akak boleh bertahan .
Akak perlukan seseorang untuk dikongsi rasa ini semua .
Untuk dicerita , untuk dinasihat , dan untuk dipujuk supaya tidak lemah .
Seperti dulu .


DearAyah ,

Hipokrit sungguh diri akak sekarang .Sentiasa ketawa riang persis anak kecil .
Luaran sentiasa kelihatan tidak matang .Perangai keanak-anakan .
untuk apa ?
hanya untuk sembunyikan lelah di hati .
Bila keseorangan , hilang segala tawa . Duduk termenung memikirkan segalanya .
Biarkan tiada siapa yang tahu tentang semua itu .
Kerana satu hari nanti , Pasti berbayar semua yang dikorbankan .


DearAyah ,

Hinaan , cacian , fitnah dan segalanya yang negatif umpama shabat karib akak sekarang .
Mulut manusia , siapa yang mampu tutup ?
Fikiran jahat manusia , siapa yang mampu baca ?
Ahhh biarkan . biarkan semuanya .
Ayah pernah dilayan lebih teruk dari itu dulu .
Penghujungnya , ayah berjaya berada di puncak .
Buktinya ?
Bilamana ayah tiada sekarang , segala kebaikan ayah disebut .
semua kebajikan ayah dikenang .
Ketiadaan ayah diratap dan segala keburukan yang dikata orang dulu lenyap .


DearAyah ,


Benar kata ayah , bila kita ada di muka bumi ini ,
Bernafas bersama umat lain ,
Segala keburukan dan kelemahan kita akan dicanang .
hilang segala kebaikan yang pernah kita buat .
tapi bila kita hilang dari pandangan mata , hilang jasad di atas muka bumi ,
segala kebaikan kita pasti akan disebut hatta sekecil kuman sekalipun .
entah mana hilangnya keburukan dan kelemahan kita yang dicanang dulu  .

" Kak , itulah manusia . Sabar walau dipijak sekalipon . Buktikan pada yang mengata bahawa semua itu bohong . Satu hari nanti orang yang bersabar pasti berada di atas " .


# Akak rindu ayah . sangat-sangat . In Shaa Allah kita akan berjumpa tak lama lagi . genggam erat tangan  akak bila sampai masanya nanti . Jangan dilepas lagi . 







Tuesday, December 4, 2012

Maafkan akak , Ayah .

Assalamualaikum .

DearAyah ,

Syukur Alhamdulillah akak dah selamat berkonvo pada hari ahad yang lepas (25November2012) .
Akak dah tunai satu lagi harapan ayah untuk genggam segulung Ijazah .
Terima Kasih kerana masih tinggalkan secebis semangat dan harapan untuk akak teruskan perjuangan .
Terima Kasih keran percaya pada akak dan yakin akak mampu selesaikan .
Maafkan akak sebab pencapaian akak tak secemerlang orang lain .
Akak tak mampu nak grad dengan bintang pada hujung nama ayah . 
Maafkan akak .

DearAyah ,

Terima Kasih untuk sokongan , semangat , kasih sayang dan pengorbanan ayah .
akak tau akak banyak susahkan ayah , habiskan duit ayah , tapi ayah tak pernah merungut .
Taktala ayah pergi tinggalkan akak pada penghujung sem 5 tahun lepas benar-benar
meragut semua semangat , cita-cita dan impian akak .
Hampir-hampir akak menyerah kalah . tak mahu berjuang lagi .
Apatah lagi bila melihat sendiri Mak meraung sekuatnya bila doktor mengeluarkan ayat
" Maaf Puan , Kami dah cuba sedaya upaya tapi tak dapat diselamatkan lagi.."

DearAyah ,

Akak masih lagi mampu tersenyum dan ketawa pada hari tersebut .
Bukan kerana suka atau gembira kerana kehilangan ayah ,
tapi untuk menutup segala kesedihan di hati .
untuk bagi semangat pada mak yang mula lemah ketika itu .
akak terpaksa abaikan perasaan dan hati akak sendiri demi mak dan adik-adik .
Bahkan akak sendiri yang memujuk ahli keluarga yang sayu menitiskan air mata 
saat jenazah ayah dibaringkan di tengah rumah .
Akak menangis dan meraung sendirian , jauh dari pandangan orang ramai .
Akak tak mahu air mata yang keluar ini bakal melemahkan semangat mak dan adik adik .
Kalau dulu pada ayah akak mengadu , kini pada siapa lagi ?

DearAyah ,

Ayah sendiri sedia paham akak bukan seorang yang mudah menzahirkan apa yang ada di hati .
Akak tak pandai menunjukkan kasih sayang .
Akak tak pandai meluahkan apa yang terpendam .
Ayah suruh akak berubah tapi akak masih gagal .
Perangai ini lah yang banyak memakan diri akak sekarang .
Kadang-kadang kerana tekanan terlepas juga cakap cakap kasar pada mak dan adik adik .
Maafkan akak kerana mungkir janji untuk jaga mereka dengan baik .
Akak masih mencuba . betapa besar tanggungjawab yang ayah tinggalkan .
masih terngiang ngiang segala amanah dan pesanan ayah saat terakhir ayah ditolak ke dewan bedah .
Ya , Itu masih lagi janji kita berdua . Akak takkan cerita pada sesiapa walau pada mak sekalipon .
Akak masih berusaha untuk semua itu , In Shaa Allah .
Maafkan akak , Ayah . 

DearAyah

Sejujurnya akak rindu saat ayah ajak akak keluar sama-sama .
ya , kita berdua saja .
Dalam kereta , ayah selalu cerita pada akak masalah dan kenangan ayah .
Kadang-kadang sampai mengalir air mata kita berdua .
Ayah akan tanya khabar akak , masalah akak .
kemudian ayah akan usap kepala akak sambil beri nasihat dan kata kata semangat .
Ayah kata , Jangan dibawa cerita ini keluar dari kereta .
Rahsia kita berdua .
aktiviti seorang ayah dan anak sulungnya .

DearAyah ,

Sampai sini dulu cerita akak .
In Shaa Allah kalau ada kelapangan akak cerita lagi .
Semoga ayah tenang di sana .
Akak rindu Ayah . 
:)




 *Suatu ketika dulu blog ini pernah jadi saluran merepak akak .
sekarang blog ini akan jadi medium coretan rindu 
dari seorang anak kepada ayahnya . mungkin suatu masa nanti
akak akan hilang segala memori yang ada ,
maka inilah tempat dimana akak akan ingat kembali 
semua kenangan yang pernah tercipta .
:)