Thursday, April 25, 2013

:)

Assalamualaikum .



DearAyah ,

Maaf lama dah akak tak coretkan kenangan disini .
sibuk dengan urusan duniawi .
Oh ya , akak sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes .
Ahh secara kecil-kecilan saja untuk tampung duit poket .
:)

DearAyah ,

Alhamdulillah sekarang family kita semakin stabil .
Dekna pon dah selamat tamatkan pengajian diploma di Arau .
Mak dah ada teman di rumah .
In Shaa Allah dia akan sambung Degree pula .
Seperti yang ayah harapkan .


DearAyah ,

Tentang adik-adik ayah tak perlu risau .
Akak masih lagi boleh uruskan mereka semua .
Pembelajaran mereka juga makin meningkat .
Akak dah buat apa yang perlu .
In Shaa Allah mereka juga akan banggakan ayah kelak .


DearAyah ,


Maaf tak banyak yang boleh akak coretkan disini kali ini .
kerana masa . ya , masa yang perlu akak kejarkan .
Doa kami semua sentiasa mengiringi ayah .
Damailah di sana ayah .
Bersama-sama yang maha esa .
Moga segala amal kebajikan serta ibadah ayah diterimaNya .


# Akak rindu ayah . sangat-sangat :')