Assalamualaikum .
DearAyah ,
Maaf lama dah akak tak coretkan kenangan disini .
sibuk dengan urusan duniawi .
Oh ya , akak sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes .
Ahh secara kecil-kecilan saja untuk tampung duit poket .
:)
DearAyah ,
Alhamdulillah sekarang family kita semakin stabil .
Dekna pon dah selamat tamatkan pengajian diploma di Arau .
Mak dah ada teman di rumah .
In Shaa Allah dia akan sambung Degree pula .
Seperti yang ayah harapkan .
DearAyah ,
Tentang adik-adik ayah tak perlu risau .
Akak masih lagi boleh uruskan mereka semua .
Pembelajaran mereka juga makin meningkat .
Akak dah buat apa yang perlu .
In Shaa Allah mereka juga akan banggakan ayah kelak .
DearAyah ,
Maaf tak banyak yang boleh akak coretkan disini kali ini .
kerana masa . ya , masa yang perlu akak kejarkan .
Doa kami semua sentiasa mengiringi ayah .
Damailah di sana ayah .
Bersama-sama yang maha esa .
Moga segala amal kebajikan serta ibadah ayah diterimaNya .
# Akak rindu ayah . sangat-sangat :')
Thursday, April 25, 2013
Wednesday, February 27, 2013
AdaRasa
Assalamualaikum ,
Bila penat ,
diam .
Bila bosan ,
diam .
Bila marah ,
diam .
bila rimas ,
diam .
Habis , bila boleh bersuara ?
DearAyah ,
Nak dikeluarkan rasa tak tau pada siapa .
mujur haritu sempat salurkan rasa sedikit pada yang sudi .
Terima kasih orang penang .
jasamu dikenang .

Sunday, January 20, 2013
CucuAyah#1
Assalamualaikum .
DearAyah ,
Kalau ayah masih lagi bernafas bersama akak kat muka bumi ni ,
mungkin akak akan kongsikan satu rasa ni pada ayah .
sebagai kenang-kenangan , akak coretkan kat sini je .
takut juga kalau-kalau suatu hari nanti akak lupa semua ni .
DearAyah ,
Beberapa bulan sebelom ayah dijemput Allah S.W.T ,
ayah pernah cakap dekat akak yang ayah taknak akak jauh dari ayah .
Ayah nak akak dekat je dengan ayah . kerja pon dekat-dekat je dengan ayah .
takmau jauh-jauh kata ayah . Kalau nak nikah pon cari orang melaka je .
Nanti senang nak balik kg jenguk ayah . Senang ayah nak jaga cucu-cucu ayah .
Kata ayah , " kalau tak nanti bosan ayah asyik nak dengar mak kau berleter je " .
Akak malas sangat nak layan ayah masa tu . Akak gelakkan je ayah .
Pastu ayah senyum . penuh makna .
DearAyah ,
Beberapa minggu sebelom ayah pergi , ayah pernah bisikkan kat telinga akak ,
" Ayah teringin nak ada cucu dari darah daging ayah sendiri . akak-akak ayah semua dah bercucu ,
ayah je belom . Bila kau nak kahwin ni kak ? . Jangan lambat sangat kang tak sempat ayah nak jumpa ".
Allah lagi sygkan ayah . Benar , ayah pergi sebelom sempat ayah tatap wajah cucu ayah .
# Ouh ada sebab kenapa tiba-tiba akak coretkan benda ni . ada tiga sebab . nanti akak ceritakan .
sebab akak tengah berusaha keras nak ingat balik semua tu . Hampir hilang memori dah ni .

Monday, January 7, 2013
Muhrim .
Assalamualaikum .
DearAyah ,
Ingat tak lagi masa dulu-dulu ayah sukalontarkan soalan
" kau dah ada boyfriend ke belum ?"
Tiap kali soalan tu meluncur laju dari mulut ayah ,
mesti akak tunduk dan diam .
malu kononnya .
Tapi ayah pandai . Ayah kenal dah anak ayah .
Bilamana akak diam , ayah tau jawapan dia positif .
DearAyah ,
Bila ayah tau akak sudah pandai membahagi kasih dengan yang haram ,
Pasti ayah muntahkan peluru-peluru soalan pada akak .
Siapa dia ? anak siapa ? sekolah mana ? tinggal mana ? ,etc .
Terperangkap dengan jerat ayah , makanya meluncur laju
jugak lah jawapan-jawapan pada persoalan ayah tadi tu .
DearAyah ,
Tinggal kenangan semua tu sekarang .
Zaman dimana kejahilan masih menebal dalam sanubari akak .
Zaman dimana halal dan haram bagi akak masih di awang awangan .
Sibuk mengejar duniawi , sibuk mengejar kemanisan cinta`haram .
Buta mata hati dengan yang bukan muhrim .
Hanyut dengan sayang dari yang tidak halal .
Ahh darah muda , semua mahu dicuba .
# Bertahun ayah cuba sampaikan mesej secara halus . Hanya setahun sebelum ayah pergi baru akak mengerti semuanya . Bercinta tanpa ikatan yang sah haram . cinta sekarang tidak sama seperti cinta zaman dahulu . cinta sekarang harus dibuktikan dengan persembahan fizikal . Bukan dibuktikan dengan usaha untuk memiliki secara halal . Kata ayah ;
" Cari lelaki yang mampu membimbing dan menerima seadanya .
Rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan
kerana lelaki akan berusaha sehabis baik untuk kebahagiaan isterinya .
Yang penting setia dan usaha sama-sama .
Kala susah atau senang ."
Subscribe to:
Posts (Atom)