DearAyah ,
Ingat tak lagi masa dulu-dulu ayah sukalontarkan soalan
" kau dah ada boyfriend ke belum ?"
Tiap kali soalan tu meluncur laju dari mulut ayah ,
mesti akak tunduk dan diam .
malu kononnya .
Tapi ayah pandai . Ayah kenal dah anak ayah .
Bilamana akak diam , ayah tau jawapan dia positif .
DearAyah ,
Bila ayah tau akak sudah pandai membahagi kasih dengan yang haram ,
Pasti ayah muntahkan peluru-peluru soalan pada akak .
Siapa dia ? anak siapa ? sekolah mana ? tinggal mana ? ,etc .
Terperangkap dengan jerat ayah , makanya meluncur laju
jugak lah jawapan-jawapan pada persoalan ayah tadi tu .
DearAyah ,
Tinggal kenangan semua tu sekarang .
Zaman dimana kejahilan masih menebal dalam sanubari akak .
Zaman dimana halal dan haram bagi akak masih di awang awangan .
Sibuk mengejar duniawi , sibuk mengejar kemanisan cinta`haram .
Buta mata hati dengan yang bukan muhrim .
Hanyut dengan sayang dari yang tidak halal .
Ahh darah muda , semua mahu dicuba .
# Bertahun ayah cuba sampaikan mesej secara halus . Hanya setahun sebelum ayah pergi baru akak mengerti semuanya . Bercinta tanpa ikatan yang sah haram . cinta sekarang tidak sama seperti cinta zaman dahulu . cinta sekarang harus dibuktikan dengan persembahan fizikal . Bukan dibuktikan dengan usaha untuk memiliki secara halal . Kata ayah ;
" Cari lelaki yang mampu membimbing dan menerima seadanya .
Rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan
kerana lelaki akan berusaha sehabis baik untuk kebahagiaan isterinya .
Yang penting setia dan usaha sama-sama .
Kala susah atau senang ."
No comments:
Post a Comment