Tuesday, December 4, 2012

Maafkan akak , Ayah .

Assalamualaikum .

DearAyah ,

Syukur Alhamdulillah akak dah selamat berkonvo pada hari ahad yang lepas (25November2012) .
Akak dah tunai satu lagi harapan ayah untuk genggam segulung Ijazah .
Terima Kasih kerana masih tinggalkan secebis semangat dan harapan untuk akak teruskan perjuangan .
Terima Kasih keran percaya pada akak dan yakin akak mampu selesaikan .
Maafkan akak sebab pencapaian akak tak secemerlang orang lain .
Akak tak mampu nak grad dengan bintang pada hujung nama ayah . 
Maafkan akak .

DearAyah ,

Terima Kasih untuk sokongan , semangat , kasih sayang dan pengorbanan ayah .
akak tau akak banyak susahkan ayah , habiskan duit ayah , tapi ayah tak pernah merungut .
Taktala ayah pergi tinggalkan akak pada penghujung sem 5 tahun lepas benar-benar
meragut semua semangat , cita-cita dan impian akak .
Hampir-hampir akak menyerah kalah . tak mahu berjuang lagi .
Apatah lagi bila melihat sendiri Mak meraung sekuatnya bila doktor mengeluarkan ayat
" Maaf Puan , Kami dah cuba sedaya upaya tapi tak dapat diselamatkan lagi.."

DearAyah ,

Akak masih lagi mampu tersenyum dan ketawa pada hari tersebut .
Bukan kerana suka atau gembira kerana kehilangan ayah ,
tapi untuk menutup segala kesedihan di hati .
untuk bagi semangat pada mak yang mula lemah ketika itu .
akak terpaksa abaikan perasaan dan hati akak sendiri demi mak dan adik-adik .
Bahkan akak sendiri yang memujuk ahli keluarga yang sayu menitiskan air mata 
saat jenazah ayah dibaringkan di tengah rumah .
Akak menangis dan meraung sendirian , jauh dari pandangan orang ramai .
Akak tak mahu air mata yang keluar ini bakal melemahkan semangat mak dan adik adik .
Kalau dulu pada ayah akak mengadu , kini pada siapa lagi ?

DearAyah ,

Ayah sendiri sedia paham akak bukan seorang yang mudah menzahirkan apa yang ada di hati .
Akak tak pandai menunjukkan kasih sayang .
Akak tak pandai meluahkan apa yang terpendam .
Ayah suruh akak berubah tapi akak masih gagal .
Perangai ini lah yang banyak memakan diri akak sekarang .
Kadang-kadang kerana tekanan terlepas juga cakap cakap kasar pada mak dan adik adik .
Maafkan akak kerana mungkir janji untuk jaga mereka dengan baik .
Akak masih mencuba . betapa besar tanggungjawab yang ayah tinggalkan .
masih terngiang ngiang segala amanah dan pesanan ayah saat terakhir ayah ditolak ke dewan bedah .
Ya , Itu masih lagi janji kita berdua . Akak takkan cerita pada sesiapa walau pada mak sekalipon .
Akak masih berusaha untuk semua itu , In Shaa Allah .
Maafkan akak , Ayah . 

DearAyah

Sejujurnya akak rindu saat ayah ajak akak keluar sama-sama .
ya , kita berdua saja .
Dalam kereta , ayah selalu cerita pada akak masalah dan kenangan ayah .
Kadang-kadang sampai mengalir air mata kita berdua .
Ayah akan tanya khabar akak , masalah akak .
kemudian ayah akan usap kepala akak sambil beri nasihat dan kata kata semangat .
Ayah kata , Jangan dibawa cerita ini keluar dari kereta .
Rahsia kita berdua .
aktiviti seorang ayah dan anak sulungnya .

DearAyah ,

Sampai sini dulu cerita akak .
In Shaa Allah kalau ada kelapangan akak cerita lagi .
Semoga ayah tenang di sana .
Akak rindu Ayah . 
:)




 *Suatu ketika dulu blog ini pernah jadi saluran merepak akak .
sekarang blog ini akan jadi medium coretan rindu 
dari seorang anak kepada ayahnya . mungkin suatu masa nanti
akak akan hilang segala memori yang ada ,
maka inilah tempat dimana akak akan ingat kembali 
semua kenangan yang pernah tercipta .
:) 


No comments:

Post a Comment